Cukai4u

in






Program Cukai4u adalah merupakan satu program julung-julung kali diadakan bagi meningkatkan tahap pemahaman cukai terutamanya cukai tidak langsung seperti Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan dan GST di Malaysia pada masa ini. Tahap pemahaman yang rendah di kalangan rakyat, terutama di kalangan pelajar IPT amatlah membimbangkan kerana tanpa pemahaman yang tinggi mereka yang merupakan bakal pemimpin dan tenaga pekerja mahir masa hadapan tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pembayar cukai dengan berkesan.

Sehubungan itu, Outcome yang cuba dihasilkan program ini adalah agar pelajar IPT memahami asas-asas cukai terutamanya GST yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan sebagai elemen utama regim cukai baru bagi menjana hasil Negara untuk tujuan pembangunan dan seterusnya melalui pemahaman tersebut akan memberikan mereka kesediaan yang tinggi untuk menghadapi pelaksanaan GST ini kelak dengan lebih bertanggungjawab kerana mereka akan sedar bahawa cukai ini bukan untuk membebankan rakyat tetapi adalah regim cukai yang adil dan saksama kerana asasnya adalah berdasarkan prinsip Consumption Tax.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Inspirasi Wawasan atau lebih dikenali sebagai IW adalah sebuah persatuan yang berdaftar di bawah Registrar of Society (ROS), yang antara lain bermatlamat untuk menjadi aktivis pencukaian tidak langsung yang utama di Negara. Persatuan ini juga mendapat sokongan padu daripada Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA) yang bertindak sebagai Penasihat persatuan ini. Selain menjadi aktivis pencukaian, persatuan ini juga bergiat aktif di dalam hal berkaitan motivasi pelajar dan kerja-kerja amal di Malaysia.

Program Cukai4u ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:
  • Pendedahan asas Cukai Tidak Langsung
  • Asas GST dan peranannya sebagai regim pencukaian baru menggantikan regim sedia ada
  • Sesi Soal Jawab dan percambahan fikiran



Nota: Semua slot bagi program ini boleh diubahsuai mengikut program sebenar i.e program sehari atau setengah hari mengikut keperluan institusi

0 comments:

Special offer

Contact us