Pengurusan Tertinggi

in



Mohd Hisham b. Mohd Nor (A.N.S, P.P.C)
Pengerusi

Mohd Hisham Mohd Nor berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM dan Sarjana Sains Pengurusan(Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia sejak 1997 dan kini memegang jawatan Penolong Kanan Pengarah Kastam II di Unit Tugas Khas GST, Ibu Pejabat, Putrajaya. Beliau juga aktif dalam kegiatan NGO seperti Persatuan Tenpin Bowling Kuala Lumpur(KLTBA) sebagai Naib Presiden dan Kongres Tenpin Bowling Malaysia(MTBC) sebagai Penolong Setiausaha Agung. Beliau mempunyai pengalaman sebagai jurulatih tenpin bowling skuad remaja Wilayah Persekutuan sejak tahun 2005 dan pernah memikul tanggungjawab selaku Jurulatih skuad Wilayah Persekutuan di temasya SUKMA 2008 di Terengganu. Memiliki sijil kejurulatihan  Bronze Level Certificate dari Majlis Sukan Negara dan pernah memimpin pasukan kebangsaan ke Sukan Asia di Doha, Qatar pada tahun 2006 dan Sukan SEA di Thailand pada tahun 2007 selaku Penolong Pengurus. Pada tahun 2010, telah dianugerahkan Pegawai Sukan Terbaik pada Anugerah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).
...................................................................................................................................................................

Mohd Haizam b. Hashim
Timbalan Pengerusi

Mohamad Haizam Hashim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari UiTM dan Sarjana Public Finance, GRIPS, Japan. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia sejak 1998 dan kini memegang jawatan Penolong Kanan Pengarah Kastam II di Unit uCustoms, Ibu Pejabat, Putrajaya. Beliau mempunyai pengalaman bertugas di Pejabat Kastam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bahagian Pemeriksaan Akaun, Cawangan Latihan/Kualiti, Cawangan Teknologi Maklumat dan Cawangan Kewangan. Di sepanjang perkhidmatan beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada jabatan dan di antaranya ialah menjadi perintis bagi Pasukan Terrabytes di dalam Quality Circle JKDM, Menghasilkan Enforcement Bulletin yang diedarkan ke beberapa pertubuhan antarabangsa seperti WCO, ASEAN, APEC, RILO, Interpol bagi berkongsi kejayaan JKDM, menyumbangkan idea dan pengalamannya melalui pasukan T-15 (Pasukan Transformasi JKDM), dan membantu Ketua Pengarah Kastam Malaysia sewaktu Bilateral Meeting & Signing of MOU between Malaysia and Maldives, Mac 2010, Male Maldives.
...................................................................................................................................................................

Nor Amran Bin Abdullah
Setiausaha Kehormat

Nor Amran bin Abdullah berkelulusan Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam dari Kolej Islam Melaka dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula Berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan bermula di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia sejak tahun 2001 hingga Mei 2013. Kini beliau berkhidmat di Bahagian Kawalan dan Pemantauan, Kementerian Kewangan sebagai Pen. Pegawai Tadbir Kanan. Beliau aktif dalam sukan bolasepak dan pernah mewakili Melaka dalam Sukan Tempur Silat Olahraga di SUKMA 1994. Beliau juga berpengalaman menjadi pengacara majlis, pembaca doa dan mengendalikan majlis rasmi jabatan di peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga memegang beberapa jawatan lain dalam NGO iaitu Bendahari Kelab Bowling Kastam Putrajaya dan Presiden ALUMNI Sekolah Menegah Al-Ehya El-Karim, Tg. Bidara, Melaka.
...................................................................................................................................................................

Hanizah Binti Zainal
Bendahari

Hanizah Zainal berkelulusan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun sebagai penolong akauntan di pelbagai jabatan. Kini beliau berkhidmat di Cawangan Akaun, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Beliau berpengalaman di dalam pengurusan kewangan dan perakaunan akaun awam. Beliau turun aktif didalam membantu menguruskan pasukan bowling kastam bagi temasya sukan kementerian kewangan. Beliau pernah terpilih mewakili Malaysia dalam Program Pertukaran Belia Malaysia Korea di Korea Selatan pada tahun 2010. 
...................................................................................................................................................................

Razif Yahya
Jawatankuasa

Razif Yahya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari UUM dan dua Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya dan Universidad Autonoma de Madrid, Spain.Beliau telah berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia sejak 1999 dan kini memegang jawatan Penolong Pengarah Kastam di Unit uCustoms, Ibu Pejabat, Putrajaya. Beliau mempunyai pengalaman bertugas selama 14 tahun di Johor dan Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya. Beliau juga merupakan pelari jarak jauh dalam sukan Ultra Maraton dan telah mewakili Negara di peringat antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah berjaya menamatkan sebanyak 27 Maraton/Ultra Marathon jarak antara 42km sehingga 100 batu (160km) di serata dunia.
...................................................................................................................................................................

Nur Naaim Bin Ab. Rahman
Jawatankuasa / Ketua Publisiti

Nur Naaim Bin Ab. Rahman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2006. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sejak 2008 dan kini memegang jawatan sebagai Penguasa Kastam di unit Projek Pembangunan Sistem uCustoms, Ibu Pejabat, Putrajaya. Berpengalaman bertugas di Cawangan Import Johor Bahru dan Unit Customs Verification Initiative (CVI) Johor dari tempoh 2008 hingga 2012. Berpengalaman menguruskan Time Release Study (TRS) di peringkat Cawangan dan Malaysia dan mewakili Malaysia ke ADB-WCO Time Release Study Planning Workshop 2011 di Philippines anjuran Asian Development Bank (ADB) dan World Customs Organization (WCO). Pernah menghadiri WCO Data Model Workshop and IT Conference & Exhibition 2013 di Dubai anjuran WCO. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai eksekutif akaun di Felda Trading Sdn. Bhd dan eksekutif audit di Felda Holdings Bhd pada tahun 2006 hingga 2008.
...................................................................................................................................................................








2 comments:

Special offer

Contact us