PENGENALAN
Projek inspirasi4u adalah usaha murni Inspirasi Wawasan dalam memberi
khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah
untuk fokus dalam bidang pelajaran serta menetapkan matlamat untuk arah tuju
masa depan terutamanya dalam aspek bimbingan menentukan masa depan dan kerjaya
mereka.
Oleh yang demikian, Inspirasi Wawasan berperanan dalam membantu pelajar
dengan memberi inspirasi agar mereka terus berusaha untuk berjaya dalam bidang
pelajaran dan seterusnya menetapkan halatuju dan matlamat yang ingin dicapai.
Penceramah dari Inspirasi Wawasan akan cuba mengenalpasti potensi yang
ada dalam diri pelajar serta minat dan kecenderungan mereka dan seterusnya
membantu bagaimana mereka boleh berjaya dalam mencapai matlamat tersebut.
OBJEKTIF
Objektif utama Inspirasi Wawasan adalah untuk meningkatkan tahap
pembangunan insan serta perkembangan potensi pelajar disamping memberi
inspirasi kepada pelajar di semua peringkat menuju ke arah kecemerlangan dalam
pendidikan.
LATARBELAKANG AKTIVITI
Bagi membolehkan pelajar mencapai tahap perkembangan prestasi kurikulum
dan ko-kurikulum yang cemerlang, mereka juga perlu diberikan pendedahan
pemikiran melalui kaedah motivasi. Ini adalah kerana tahap pemikiran sekeliling
banyak mempengaruhi pergaulan serta status sosio-ekonomi pelajar tersebut.
Sekiranya pelajar diberi pendedahan awal serta motivasi yang
bersesuaian, pemikiran kreatif mereka boleh dikembangkan dan ini akan
membolehkan mereka mulai sedar akan tahap potensi diri mereka untuk mencapai
apa jua yang dianggap mereka sebelum ini tidak akan tercapai atau mustahil.
Oleh itu, melalui program ini Inspirasi Wawasan mengambil inisiatif to
tap and skew their thinking traits agar mencapai kriteria seorang
pelajar yang cemerlang serta kreatif seperti berikut:
- Self confidence
- Berani
ke hadapan
- Positive thinking
- Daya
ketahanan menghadapi cabaran
- Gigih
berusaha mencapai apa yang dicita tanpa peduli apa kata orang lain
Inisiatif ini sudah pastinya akan memberikan impak yang positif dan
ianya selari dengan usaha pihak Kementerian Pendidikan yang kini sedang
melaksanakan Program Strategik yang dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PPIP) 2013-2025.
Usaha ini juga merupakan sumbangan Inspirasi Wawasan kepada negara
khususnya Kementerian Pendidikan dalam membantu pelajar-pelajar di peringkat
sekolah menengah.
0 comments: